Seorang penunggang motosikal maut selepas sebuah Maserati dipandu warganegara Singapura membuat pusingan-U di kawasan tidak dibenarkan.
Memetik Harian Metro, kejadian lebih kurang 7 malam di Kilometer 0.6 Lebuhraya Link Kedua itu telah menyebabkan kemalangan membabitkan empat buah kenderaan.
Baca Juga:
Kejadian itu menyebabkan seorang penunggang motosikal jenis Honda RS maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, penunggang motosikal warga tempatan berumur 31 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki kiri.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Maserati dipandu lelaki warganegara Singapura berusia 27 tahun melakukan pusingan U di lokasi yang tidak dibenarkan untuk menghala ke arah Singapura.
“Tindakan itu menyebabkan kenderaan terbabit melanggar pembahagi jalan tengah sebelum besi penghadang tercabut dan memasuki laluan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: