Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Pengantin Ini Sampai Tersasul Sebut Mas Kahwin RM500 Juta Masa Akad Nikah

today9 June 2022

Background


Menerusi video yang dimuat naik oleh @ieraa.shahira, kelihatan sedang berlangsungnya sebuah majlis akad nikah di sebuah tempat yang tidak dikenal pasti.

Kedua-dua pengantin duduk berhadapan dengan Tok Kadi dan saksi. Pengantin lelaki sudah bersedia untuk melafazkan akad nikahnya.

Namun, apa yang membuatkan netizen terhibur adalah apabila pengantin lelaki itu tersasul menyebut jumlah mas kahwin sebanyak RM500 juta. Hal ini membuatkan ramai di situ terkejut dan ketawa. 

Lebih menarik, saksi akad nikah yang turut ada di situ sampai menampar dahinya sendiri melihat gelagat pengantin tersebut. Walau bagaimanapun, dia dilihat masih nervous dengan muka terpingga-pingga. 



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aqilah Aziaan


Previous post