Menerusi sebuah lagi hantaran di X, @ReenLAminuddin berkongsi bagaimana dia turut mengalami nasib yang sama apabila seorang pelanggan bertindak tidak membayar jualan dengan menipu sudah membayar menggunakan kod QR.
“Hari tu ada sorang customer beli nasi kerabu, dia bayar pakai QR, lepas itu tiba-tiba dia datang balik nak beli lagi sebungkus.
“Dia tunjuk bukti payment tu, kita okay jela. Rupa-rupanya itu gambar bukti yang first dia beli, payment yang kedua tak masuk pun sebenarnya. Sedih,” tulisnya.
Membalas hantaran-hantaran tersebut, @youngsyefeeqa berkongsi dia sebagai pembeli akan sentiasa menunjukkan bukti pembayaran kepada peniaga jika menggunakan kod QR.
“That’s why everytime I bayar guna QR I akan tunjuk bukti pembayaran or if dia ada machine tu I tunggu bunyi notification masuk.
“Kesian la peniaga mencari rezeki lepastu dapat customer tak kenal halal haram,” tulisnya di X.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: