Difahamkan, pihak berwajib kini dalam proses mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga lokasi yang sesuai untuk dibangunkan sebagai stesen penumpang.
“Stesen itu tak perlu terlalu fancy, cukup dengan platform yang sesuai, tempat menunggu dan sistem yang selamat.
“Yang penting, kereta api boleh berhenti ambil dan turunkan penumpang dengan selesa. Kalau ikut jangkaan, kita mahu pelaksanaan ini dibuat dalam tempoh enam hingga 13 bulan. Tiada kajian tambahan diperlukan, semuanya sudah ada.
“Cuma kita sedang teliti lokasi terbaik untuk stesen dan dapatkan kelulusan pembiayaan daripada Kementerian Kewangan,” katanya lagi.
Laluan tersebut dijangka menghubungkan penumpang terus ke Stesen Kempas Baru, yang kini dirancang sebagai stesen utama transit ke Johor Bahru serta laluan lain termasuk Shuttle Tebrau dan perkhidmatan antara Gemas ke selatan.
Dalam pada itu, pembinaan stesen berkenaan turut mengambil kira faktor keselamatan selain dari segi akses masuk dan keluar agar tidak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: