JOHOR BAHRU: Kementerian Pertahanan menjangkakan perolehan kumpulan kedua bagi tiga kapal misi pesisir (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia dapat dimuktamadkan tahun ini.
Menterinya, Mohamed Khaled Nordin berkata, pembinaan LMS dijangka mengambil masa tiga tahun selepas proses perolehan itu selesai.
Menurutnya, pihaknya pada masa sama akan terus memfokuskan proses pembinaan lima kapal tempur pesisir (LCS) dengan satu daripadanya dijangka menjalani ujian pemasangan sistem dan peralatan, iaitu Harbour Acceptance Test serta Sea Acceptance Trial pada November ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Bersama Warga TLDM di Pangkalan TLDM Johor Bahru, di sini, hari ini.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: