Diana Danielle meminta Farid Kamil segera pindah daripada rumahnya. Notis pindah rumah sudah dikeluarkan kepada suaminya itu.
Menerusi hantarannya di IG, Diana Danille menafikan bahawa dia ada berhubung dengan Farid Kamil. Dia juga mendedahkan sebab sebenar kenapa dia menghalau Farid Kamil.
Diana berkata: “Kami tidak bercakap on the phone semalam. Dan saya sudah beri notis dalam Whatsapp untuk dia pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui process perceraian.
“Saya tak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku, dan saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya. Sila hormati.”
Sebelum ini Diana Danielle mengesahkan bahawa dia menuntut cerai daripada Farid Kamil kerana menurutnya, suaminya itu cakap tak serupa bikin.
Diana Danielle menulis di IG-nya: “Saya secara rasminya telah memutuskan untuk berpisah dengan suami saya dan akan memfailkan tuntutan cerai [daripada Farid…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: