Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

PRN Johor: Tarikh Mengundi ‘Pilihan Raya Negeri Johor’ Ditetapkan Pada 12 Mac Ini

today9 February 2022

Background


Khabar angin bahawa Johor bakal mengadakan PRN bertiup kencang susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember lalu.

Hal itu menyebabkan kestabilan kerajaan negeri Johor dilihat tidak kukuh kerana hanya mempunyai majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi pembangkang di DUN.

Langkah untuk menstabilkan kedudukan politik di negeri ini, Barisan Nasional (BN) yang mengemudi kerajaan negeri Johor memilih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post