Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Kool 101

Program Freemarket UPM 2025

today27 December 2024

Background

Anda ada barang seperti pakaian, alat elektronik, perabot & sebagainya dalam keadaan baik yang nak diberi secara percuma? Bawa saja di #FreeMarket , atau datang untuk tengok dan ambil saja apa-apa barang yang ada! Program Freemarket UPM akan berlangsung pada Sabtu, 18 Januari 2025 jam 9 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM.

Penyumbang boleh hadir memberi barangan yang masih elok atau belum guna dan boleh digunapakai kepada pengunjung Free Market di reruai yang disediakan. Jika berminat, sila isi google form untuk sertai program ini.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSen7YzXk0OyVO95GeykjtyMOfsKGd8T4FrOkoUUQN-B7BWTkw/viewform

Sekiranya anda idak dapat hadir pada hari berkenaan dan ingin menyumbang barangan, boleh hubungi urusetia.

Sebarang pertanyaan dan pendaftaran, hubungi Dr. Aditya Adawiah di 019-3561174 atau ke laman web upm.edu.my

Written by: Syafiqah Azelan


Previous post