Program SERY merupakan salah satu inisiatif yang digerakkan diperingkat akar umbi bagi menyokong dan menyahut aspirasi Kerajaan dengan memberi fokus utama dalam pengukuhan dan penyerlahan potensi modal insan dan peranan belia sebagai pemacu pembangunan strategik dalam konteks pembangunan komuniti dan sosio ekonomi masyarakat luar bandar pada masa hadapan melalui projek perusahaan sosial.
Program berbentuk latihan berstruktur yang bertujuan untuk membangunkan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial, dengan fokus untuk mengupayakan belia menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti luar bandar. Program ini merupakan kombinasi latihan, bimbingan dan pementoran yang dijangka mengambil masa selama 6 bulan dengan fasa seperti berikut:
a) Fasa 1: Pelancaran dan Promosi
Bertujuan memperkenalkan, mempromosikan dan meningkatkan kesedaran serta minat belia untuk menyertai program.
b) Fasa 2: Sesi T3 (Think, Talk, Take Action)
Bertujuan mengenal pasti masalah dan idea/ penyelesaian bersama rakan pasukan. Masalah dan idea/ penyelesaian yang dikenal pasti dibentangkan kepada panel untuk dipilih. 15 kumpulan terbaik dipilih untuk ke fasa Bootcamp.
c) Fasa 3: Bootcamp
Bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kepakaran dalam aspek keusahawanan sosial. Dilaksanakan selama 4 hari 3 malam dengan pengisian latihan insentif meliputi modul seperti Model Kanvas Perniagaan, Pengurusan Projek, Etnografi, Pengumpulan Dana, Penajaan, Pengukuran Impak dan Kemahiran Pembantangan.
d) Fasa 4: Pengesahan dan Prototaip
Bertujuan mengenal pasti keperluan sebenar kepada idea dan penyelesaian melalui penglibatan komuniti. Dilaksanakan selama 3 bulan dan dapatan akhir dibentang kepada panel yang terdiri daripada pakar industri. Setiap kumpulan diberikan dana permulaan (seed money) bagi tujuan pelaksanaan prototaip.
e) Fasa 5: Pembentangan Akhir (Final)
Bertujuan menilai dapatan projek yang dilaksanakan oleh setiap kumpulan meliputi aspek hasil, impak dan penemuan semasa fasa pengesahan dan prototaip. 3 kumpulan terbaik dinobatkan sebagai pemenang.