Fahmi dalam rayuannya memohon hukuman ringan terhadap anak guamnya selain memaklumkan pengakuan bersalah itu didorong faktor keinsafan dan menyesal atas perbuatan berkenaan, selain tertuduh berjanji kepada mahkamah untuk menjadi seorang warganegara yang baik dan berguna.
“Anak guam saya juga memohon maaf kepada pengadu (mangsa) yang terlibat dan kerajaan Malaysia, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mahkamah yang mulia ini kerana mengambil masa ketika perbicaraan berlangsung (sebelum representasi diterima Jabatan Peguam Negara),” katanya.
Rasyidah sebaliknya menegaskan sebagai seorang pendakwah selebriti, perkara itu tidak sepatutnya dilakukan terhadap pengadu yang ketika itu masih berusia 18 tahun selain pengakuan bersalah bukan faktor yang patut diambil kira oleh mahkamah untuk memberikan ‘diskaun’ terhadap hukuman.
“Pihak pendakwaan memohon hukuman berbentuk pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga terhadap masyarakat sejagat secara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: