Beliau memuat naik sebuah posting di Instagram yang menjelaskan mengapa trend ini dikatakan haram dan tidak patut dijadikan content.
“Unboxing wife, atau unboxing by husband satu lagi perkara bidaah dholalah yg sedang viral dan telah ramai dilakukan oleh pasangan pengantin muda di media sosial! Dedah aurat adalah HARAM, apatah lagi dedah aurat isteri kalian! Kalian boleh berbangga dan suka content² HARAM sebegitu semata² utk peroleh tontonan ramai!”
Menurut sumber, PU Syed turut mengatakan yang video seperti itu adalah mengarut.
“Isteri itu hak kita… jangan kita kongsikan pada orang lain kecantikan dia, kemanisan dia… semuanya untuk kita sebagai seorang suami.
“Kita ada sifat muda, sifat nak cuba belak tapi kena patuh juga dengan perintah Allah dan jangan sesekali buat begitu.”
“Jangan buat perkara mengarut kerana ia tidak mendatangkan faedah kecuali fitnah semata-mata.”
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: