Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Pulau Pinang tambah laluan penerbangan terus dari China

today13 March 2025

Background


GEORGE TOWN – Pulau Pinang bakal menerima satu lagi laluan penerbangan terus dari sebuah bandar utama di China dalam tempoh terdekat.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, laluan baharu itu dijangka beroperasi bermula Mei sempena puncak perjalanan Minggu Emas Hari Pekerja di China.

“Penang Global Tourism telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat penerbangan dari China semasa Forum Routes Asia 2024.

“Kini, syarikat tersebut sedang menunggu kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, penerbangan terus itu akan mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab pelancongan serantau dan menarik lebih ramai pelancong dari China.

“Setakat ini, Pulau Pinang mempunyai penerbangan terus dari tujuh bandar di China iaitu Guangzhou, Xiamen, Shanghai, Hong Kong, Shenzhen, Chongqing, dan Xi’an.

“Dengan penambahan laluan baharu ini, Pulau Pinang akan mempunyai penerbangan terus dari lapan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: SAFINA RAMLI