Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Trending Di Twitter Ramadan Pertama Tanpa Abah

today14 April 2021

Background

Baru sahaja masuk hari pertama di bulan Ramadan, namun perkataan ‘Raya’ dan ‘Abah’ mula trending di Twitter. Bila lihat perkataan tersebut sekali lalu, apa yang ada di minda hanyalah yang manis. Tapi tak sangka kisah-kisah yang dikongsikan wargamaya mengenai ‘Abah’ amat memilukan dan menyedihkan. Kisah di sebalik perkataan Abah, meruntun hati wargamaya pada 1 Ramadan.

Baca juga: “Memang Layak..” – Awie dan AG Terima Anugerah Di Malaysia Prestigious Industry Awards

Melihat daripada carian tweet Abah, rata-rata meluahkan rasa sedih dan rindu kepada bapa mereka yang sudah tiada. Dalam ada yang bergembira dan masih mempunyai keluarga, ramai juga yang membawa hati yang duka, menyambut Ramadan pertama tanpa susuk yang dipanggil Abah.

Sayu rasanya hati melangkah ke bulan mulia yang penuh barakah tanpa Abah, terawih dan sahur tak akan lengkap  dan sama dengan pemergian Abah. Tiada lagi suara yang memanggil dan menegur. Rata-rata wargamaya di Twitter berkongsi rasa menyambut Ramadan pertama tanpa Abah.

Kehilangan orang yang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah lagi-lagi apabila kita tak sempat melakar lebih banyak kenangan indah bersama. Pesanan buat mereka yang masih mempunyai keluarga, hargailah setiap waktu bersama kerana ianya begitu berharga. Apa-apa pun, kita doakan agar kita diberi kekuatan dan titipkanlah doa buat yang telah tiada.

Baca juga: Ismail Izzani Sambut Ulangtahun Ke-21 Pada 1 Ramadan

Sumber: Twitter

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Buletin

BIMB Holdings terbit 222,222,000 saham baharu

PETALING JAYA – Lembaga Pengarah BIMB Holdings Bhd. (BIMB Holdings) mengumumkan bahawa langkah penetapan harga berkaitan penempatan sahamnya telah disempurnakan hari ini oleh ejen penempatan bersamanya, BIMB Securities Sdn Bhd dan Maybank Investment  Bank Berhad.  Sehingga 12 April lalu, BIMB Holdings  akan menerbitkan 222,222,000 saham baharu, mewakili 12 peratus daripada modal  terbitan saham  Kumpulan. Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata,  penempatan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today14 April 2021