PETALING JAYA – Rapid KL telah melancarkan tren dan bas bertemakan ikon adiwira Malaysia iaitu Mechamato sebagai inisiatif terbaharu syarikat untuk menarik minat generasi muda, khususnya kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun, serta golongan Generasi Z terhadap ikon budaya pop tempatan sambil merancakkan penggunaan pengangkutan awam.
Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail (LRT), Nor Azmi Mohd Yusof berkata, pelancaran sulung tren dan bas pertama bertema Mechamato ini mahu meningkatkan kesedaran tentang penggunaan pengangkutan awam dan menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih kreatif dan menyeronokkan khususnya bagi golongan muda.
Menerusi kerjasama ini, sebanyak tiga buah tren dan tiga buah bas dibalut dengan pelekat bertemakan Mechamato.
“Dengan pelancaran tren dan bas bertema ini, Rapid KL berharap dapat menjadikan pengalaman menggunakan pengangkutan awam lebih menarik dan menyeronokkan.
“Ia juga dapat menarik minat khususnya kanak-kanak yang mungkin belum pernah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: