PETALING JAYA – Ketika saiz pasaran kosmetik halal di negara ini diramalkan meningkat pesat daripada anggaran AS$3.64 bilion (RM16.36 bilion) kepada lebih AS$8.5 bilion (RM38.2 bilion) menjelang 2032, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kosmetik tempatan dilihat berdepan kesukaran dalam mendapatkan bahan halal untuk mengekalkan operasi.
Pengarah Unit Penyelidikan Keselamatan Makanan, Inovasi dan Pembangunan, Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Risyawati Mohamed Ismail berkata, antara cabaran terbesar pengeluar kosmetik tempatan adalah beban kewangan untuk mendapatkan bahan mentah yang disahkan halal dalam kuantiti yang kecil.
”Pembekal proaktif dalam menyediakan sijil halal untuk semua bahan mentah yang diperlukan bagi pembelian pukal, namun pengilang kecil bergelut untuk mendapatkan bahan sama dalam kuantiti yang lebih kecil.
”Pengilang yang menghasilkan kosmetik dalam kelompok kecil tidak mampu membeli bahan mentah dalam kuantiti banyak kerana kekangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: