Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Remaja 14 Tahun Menyamar Jadi Pegawai Perubatan, Siap Tawar Diri Jalankan Pembedahan

today9 August 2024

Background


Menurut laporan Berita Harian, dia ditahan selepas pihak hospital membuat laporan mengenai seorang remaja perempuan yang mengaku dirinya sebagai pegawai perubatan dan menawarkan diri untuk membantu menjalankan satu pembedahan pada 7 Ogos.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof, berkata pihak hospital kemudiannya telah mengesan kehadiran suspek semalam, 8 Ogos sebelum memaklumkan segera kepada polis.

“Individu sama telah cuba mendaftarkan diri di kaunter dengan menggunakan identiti palsu dan dikesan oleh pihak hospital yang segera memaklumkan kepada polis sebelum tangkapan dilakukan.

“Suspek telah ditangkap di lobi hospital dan pihak polis merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital berkenaan,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post