Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan aksi Piala AFF 2024 yang melibatkan skuad Harimau Malaya tidak akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen RTM (RTM).
Menurut Fahmi, kos untuk mendapatkan hak siaran Piala AFF terlalu tinggi dan bajetnya berada di luar kemampuan kerajaan.
Baca Juga:
“Dahulu kita beli satu siaran saja iaitu Piala AFF pada hujung 2022. Saya difahamkan pemegang hak siaran Piala AFF tak mahu jual satu saluran saja namun perlu ambil lima saluran sukan.
“Kos terlalu tinggi untuk Piala AFF. Inilah keadaan kita pada waktu ini dan kita tak mampu kerana luar daripada bajet.
“Jika dilihat kembali, kos dahulu beli dalam RM1.7 juta namun sekarang minta dalam RM14 juta untuk lima saluran sukan. (Ia) terlalu mahal,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Perkembangan ini ternyata mengecewakan rakyat Malaysia yang berharap dapat menonton perlawanan Piala AFF menerusi RTM di rumah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: