Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Saya Sihat, Kenapa Kamu Takut?” – Nak Teman Suami Tapi Enggan Ikut Polisi Hospital

today4 February 2021

Background

Sejak penularan wabak berjangkit, COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan untuk menghadkan bilangan pelawat ke hospital kepada dua orang setiap pesakit dalam satu-satu masa, bagi mencegah penularan COVID-19.

Namun, timbul satu pertelingkahan mulut antara pesakit dan barisan hadapan kerana salah seorang ahli keluarga iaitu isteri pesakit, tidak mematuhi polisi hospital walaupun sudah ditegur beberapa kali.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di Hospital Miri, Sarawak dan lebih merisaukan lagi wanita tersebut berada di wad COVID-19 tanpa memakai pakaian lengkap PPE sekaligus memberi risiko kepada banyak pihak.

Bagaimanapun, satu kenyataan akhbar telah di keluarkan oleh pihak Hospital Miri Sarawak sendiri bagi menjelaskan isu ini kepada orang ramai mengapa insiden ini berlaku.

Menurut pihak mereka, kejadian ini berlaku akibat keengganan ahli keluarga pesakit tersebut untuk memberi kerjasama dan mematuhi polisi hospital. Bagaimanapun, wanita tersebut telah berjaya dihalau oleh pihak berkuasa.

Tambah pihak hospital lagi, wanita tersebut tidak berada di dalam wad COVID-19 sehubungan dengan itu, pengurusan Hospital Miri meminta orang ramai menghentikan penyebaran video tersebut di media sosial.

Image

Semoga semua orang dapat memahami situasi hospital yang kini bahaya dengan virus berjangkit jika lebih lama anda terdedah di kawasan tersebut. Harap, orang ramai keluar apabila ada tujuan penting saja.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Masalah Pemanduan, Doktor Ini Doakan Orang Awam Dijangkiti COVID-19

Selepas Diarah Tutup Seminggu Akibat Covid-19, Kilang Roti Massimo Kini Kembali Beroperasi

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Pelajar papar video lucah, gangguan seksual kepada guru

Kuala Lumpur: Tindakan pelajar yang memaparkan video lucah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) merupakan gangguan seksual dan emosi kepada guru. Presiden i-Guru Mohd Azizee Hasan berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu yang dianggap biadap dan tidak berakhlak. "Tindakan pelajar terbabit tidak menghormati guru dan menjaga adab menuntut ilmu. "Ia satu bentuk gangguan emosi dan mental kepada guru bahkan juga gangguan seksual," katanya kepada Harian Metro. Beliau... Klik […]

today4 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *