Pada 12 April lalu, filem ‘Seindah Kasih The Movie’ telah menemui penonton yang ditayangkan secara eksklusif menerusi aplikasi Tonton sempena Ramadan Raya 2023.
Ia bertepatan dengan kempen yang sedang dianjurkan oleh Media Prima Berhad (MPB) iaitu Seindah Kasih yang dilancarkan pada 12 Mac lalu, tahun ini.
Baca juga: Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Jelajah Negeri Pantai Timur, Santuni Masyarakat Yang Memerlukan!
SEINDAH KASIH THE MOVIE
Filem bergenre komedi romantik ini dilakonkan oleh barisan pelakon popular tanah air seperti watak utama seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz, Siti Saleha dan Shasha Abedul sebagai pemegang watak-watak utama.
Syafiq Kyle ketika ditemui penulis di studio Melodi berkata, feedback yang diterima dari peminatnya mengenai filem ini amat positif. Hal ini kerana, ia merupakan filem yang tidak teralu ringan dan berat untuk ditonton seisi keluarga.
Malah, ia juga mengetengahkan jalan cerita para pengamal media yang begitu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: