Undian yang dijalankan petang semalam bagi acara futsal lelaki saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan saingan cukup menarik dalam kumpulan B.
Ia jelas dapat disaksikan apabila kumpulan tersebut menampilkan tuan rumah, Sarawak bersama-sama Selangor, Johor, Pahang dan Perak.
Baca Juga:
Berdasarkan kepada pemerhatian wakil The Vocket, Sarawak sedang giat meningkatkan kemampuan pasukan setelah mengadakan latihan pusat di Lembah Klang serta muncul naib juara Piala Jemputan di Pasir Gudang pada Jun lalu.
Lebih menarik untuk diperkatakan, kem Sarawak juga turut terbang ke Bangkok dalam menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan di sana.
Selain itu, terdapat pemain dalam skuad kendalian Faizal Zamri itu turut bersama PFA Odin dalam menghadapi kempen Divisyen 2 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) yang sedang berlangsung.
Sementara itu, Johor pula turun selaku juara Piala Jemputan selepas menundukkan skuad SUKMA Sarawak 5-1 pada perlawanan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: