Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Selangor Lantik Pembantu Jurulatih Baharu Dari Jepun

today30 November 2024

Background


Pihak kelab bola sepak Selangor hari ini mengumumkan Jun Marques Davinson sebagai Penolong Ketua Jurulatih Gergasi Merah yang baharu skuad Merah Kuning bagi musim 2024/25.

Jun Marques Davinson terbang ke Malaysia membawa bersama pengalaman beliau yang luas, sebagai pemain mahupun jurulatih.

Baca Juga:

Sebagai bekas pemain profesional, Davinson pernah beraksi bersama beberapa kelab terkemuka di Jepun, termasuk Omiya Ardija, Albirex Niigata, Vissel Kobe, C’dole Sapporo, dan Tokushima Vortis.

Memulakan kariernya di Liga J2 Jepun pada tahun 2002 di usia 19 tahun, beliau memainkan peranan penting dalam membawa Omiya Ardija naik ke Liga J1 pada tahun 2005. Sepanjang kerjayanya, beliau telah membuat 86 penampilan untuk Omiya Ardija sahaja.

Selain daripada kerjayanya di Jepun, Davinson juga berpengalaman bermain di Amerika Syarikat, bersama Charlotte Independence di USL Championship dan Vancouver Whitecaps FC di Major League Soccer (MLS).

Selepas…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Sukan

Pemain Pantai Timur beraksi di Eropah

Kuala Lumpur: ‘Sek’ (geng) Pantai Timur di Liga Perdana Inggeris (EPL). Situasi terbabit menjadi bualan hangat penyokong bola sepak tanah air apabila dikatakan terdapat seorang pemain berasal dari Kelantan beraksi di Eropah.

today30 November 2024