Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui inisiatif Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia atau Malaysian Youth Volunteer Community (MyVOC) menjadi medium menghimpunkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan dari pelbagai latar belakang dan kepakaran bagi merencana dan melaksanakan kerja kesukarelaan secara lebih efisien. Pelbagai bidang yang memerlukan kemahiran anda!
Keperluan mempunyai sukarelawan dari pelbagai bidang ini adalah penting kerana pengalaman pengurusan bencana yang lalu memerlukan sukarelawan yang mempunyai kemahiran seperti :
1. Kumpulan Pendawaian & automotif
2. Kumpulan Radio Amatur & SAR
3. Kumpulan Perubatan
4. Kumpulan Kenderaan Bermotor
5. Kumpulan Pendidikan & Latihan
6. Kumpulan Kulinari & Hospitaliti
7. Kumpulan Sukarelawan Sokongan OKU
8. Kumpulan Bantuan Guaman
9. Kumpulan Sokongan Kesihatan Mental
10. Kumpulan Alam Sekitar
Daftar untuk sertai MyVOC, info lanjut di www.belia.org.my.