Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Shukri Yahaya Jadi Tauke Kopi? Drama Baharu ‘Bru’ Arahan Nik Amir Mustapha Kini Di Tonton!

today8 May 2025

Background


Bru mengisahkan seorang mover bernama Shah yang hidup dalam kesederhanaan tetapi bercita-cita besar. Dia nekad mencari peluang baharu dan mendapat idea untuk membuka kedai kopi. Malangnya, impiannya lebih besar daripada kemampuannya kerana dia tidak mempunyai modal! 

Satu-satunya aset yang dimilikinya ialah sebuah van lapuk peninggalan bapanya dan semangat yang membara. Dengan bantuan kawan baiknya, Ajan, dan seorang barista berbakat bernama Hani, Shah mengubah vannya menjadi sebuah kafe kopi dan memulakan perniagaan bergeraknya.

Namun, dunia perniagaan tidak semudah yang disangka. Shah dan rakan-rakannya berdepan dengan pelbagai rintangan, seperti persaingan sengit dengan peniaga lain, kerenah pelanggan kelas atasan, serta masalah penyelenggaraan peralatan. 

Di samping itu, sifat panas barannya sendiri sering merumitkan keadaan, menguji persahabatan dan hubungan dengan orang di sekelilingnya. Dalam usahanya untuk mengejar impian, Shah akhirnya perlu berdepan dengan realiti,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post

Sukan

Muller mara pusingan kedua

Rom: Pemain Perancis Alexandre Muller menewaskan Jiri Lehecka dari Republik Czech pada pusingan pertama Kejohanan Tenis Internazionali NBL d'Italia di Rom, awal pagi tadi.

today8 May 2025