Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Skuad Double Malaysia Mudah Atasi Nepal

today10 May 2025

Background
Malaysia


Skuad Double Malaysia mudah meraih kemenangan pertama selepas berjaya menundukkan Nepal pada aksi peringkat kumpulan Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025, sebentar tadi.

Duo juara Piala Dunia ISTAF 2024, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi sambil dibantu Muhammad Redwan Hakim Muhammad jelas berada di kelas tersendiri.

Baca Juga:

Malaysia mendahului Nepal dengan jurang 6-1 pada peringkat awal tetapi Dipesh Jung Thapa dan Anil Jarga Magar bangkit melawan dengan empat mata berturut-turut.

Tersentak dengan kebangkitan cuba dijelmakan lawan, Noraizat dan Aidil memperkemaskan aksi untuk menang set pertama dengan mata 15-7.

Rentak positif itu dikekalkan pada set kedua walaupun Noraizat digantikan dengan Redwan Hakim untuk skuad negara mengesahkan kemenangan 15-5.

Walaupun cabaran diberikan Nepal tidak begitu hebat, kemenangan yang dicatatkan penting buat barisan pemain untuk menyuntik keyakinan mereka menjelang aksi kedua bertemu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Arsenal tetap kelab terbaik – Arteta

London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta tetap dengan pendiriannya bahawa pasukannya adalah yang terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini, walaupun tewas di tangan Paris Saint-Germain (PSG) pada peringkat separuh akhir.

today10 May 2025