Seperti kita semua tahu, sejak wabak berbahaya, COVID-19 melanda seluruh dunia segala aktiviti luar dihadkan sehingga merencatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Namun, selepas hampir setahun negara kita menempuh detik hitam ini, kerajaan mula memberi kelonggaran kepada rakyat untuk bersosial di luar secara berperingkat mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Tindakan ini kerana bukan kerana wabak ini sudah tidak berbahaya atau kerajaan mementingkan diri tapi untuk membaik pulih ekonomi negara semula terutama sektor perlancongan yang kini sudah rugi beratus bilion ringgit.
Sumber: cariangoogle
Tapi, ada lagi berita gembira khas buat penyokong tegar pasukan bola sepak Malaysia atau lebih dikenali Ultras Malaya di mana dalam perbincangan Spectector Sukan dua hari lepas mengatakan pada awal tahun 2021 penyorak bola sepak tanah air dibenarkan kembali bersorak semula di stadium.
Menurut kenyataan dalam perbincangan tersebut, kira-kira 10 peratus dibenarkan. Sebagai contoh, jika kapasiti stadium dapat memuatkan 40 ribu penonton, lebih kurang 4 ribu penonton saja dapat masuk ke stadium untuk memberi sokongan kepada pemain bola sepak negara.
Sumber: insidethegames
Namun, 4 ribu penonton bukan berada di satu kelompok yang sama tapi akan mengikut SOP yang ditetapkan dimana akan ada jarak dan diwajibkan memakai pelitup muka.
Untuk dengarkan lebih perbincangan, klik saja disini.
Post comments (0)