Selalunya, pasangan akan berbaik semula selepas berbincang dan bertolak ansur. Namun, lain pula dengan kisah suami isteri di Surabaya ini apabila seorang lelaki tergamak membakar rumahnya sendiri.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian itu berlaku di Kecamatan Kraksaan, Kabupaten Probolinggo di Jawa Timur, Indonesia pada Isnin lalu.
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
Jurucakap polis, Iptu Djuwantoro Setyowadi. berkata rupa-rupanya ia berpunca daripada masalah rumah tangga.
Difahamkan, si isteri bertindak keluar dari rumah selepas pertengkaran mereka semakin tegang dan meminta jirannya menghantar ke rumah rakannya di Perumahan di Kecamatan Pajarakan.
“Kira-kira sejam selepas Listi meninggalkan rumah, dia dimaklumkan tentang rumahnya terbakar. Suaminya melarikan diri selepas melakukan perbuatan itu dan siasatan lanjut mendapati suspek melakukan kekerasan dalam rumah tangga (KDRT),” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: