Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Suka Dalam Duka Atasi Chinese Taipei, Malaysia Gagal Ke Pusingan Ketiga

today11 June 2024

Background
Malaysia Chinese Taipei


Kemenangan 3-1 dicatatkan ke atas Chinese Taipei di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi masih belum cukup untuk membawa Malaysia ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Kedudukan ketiga kumpulan D itu sekali gus menyaksikan anak buah Kim Pan-gon turut gagal mara secara automatik ke Piala Asia 2027 dan terpaksa melalui pusingan kelayakan.

Ketika lapan jaringan diperlukan untuk cuba menyaingi kedudukan Republik Krygyz, skuad negara dilihat cukup bergelut pada 45 minit pertama untuk mendapatkan jaringan.

Ia jelas dibuktikan apabila duo pemain lincah, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid mensia-siakan beberapa peluang terhidang.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh pasukan pelawat untuk membuka tirai jaringan menerusi Yu Yao-hsing ketika aksi memasuki minit ke-20.

Gol Chinese Taipei itu berpunca daripada hantaran lolos Ange Kouame yang mencari Yao-hsing lalu beliau mudah menewaskan penjaga gol…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post