Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Sunway Melawati bangunkan projek apartmen servis mewah dengan GDV RM3.2 bilion

today2 October 2024

Background


PETALING JAYA – Sunway Berhad (Sunway) melalui anak syarikat milik penuhnya Sunway Melawati Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan Viva Impian Sdn Bhd (VISB). untuk memperoleh sebidang tanah hak milik kekal utama seluas 7.11 hektar  di Taman Taynton, Kuala Lumpur dengan harga pembelian sebanyak RM320 juta.

Tapak tersebut terletak bersebelahan dengan pembangunan perumahan Sunway Alishan.

Pengarah Urusan Sunway Property, Sarena Cheah berkata, tanah tersebut akan dibangunkan dengan projek apartmen servis mewah dengan nilai pembangunan kasar bernilai RM3.2 bilion.

Menurut beliau, projek apartmen servis mewah itu menawarkan pengalaman gaya hidup bandar moden yang unik bersertakan podium runcit yang bertumpukan kepada kesihatan dan kesejahteraan, termasuk klinik kesihatan dan kesejahteraan.

“Pengambilan tanah yang dicadangkan ini merupakan peluang yang menarik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap pembangunan bersepadu berkualiti tinggi di Kuala…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post