Dalam satu kenyataan di Facebook, Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan pembukaan premis terbaru berkenaan sebagai pencapaian yang bagus buat jenama itu.
“Alhamdulillah, satu lagi pencapaian bermakna buat Chicken Cottage di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri, Terengganu Inc. dengan pembukaan cawangan ke-67 di Camden Town, London. Pembukaan ini juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 penubuhannya.
“Pembukaan outlet baharu ini bukan sahaja mencerminkan daya saing jenama ini di persada antarabangsa, malah penerimaan masyarakat luar terhadap jenama halal ini.
“Kami berbangga dengan pencapaian jenama ini dan berharap agar Chicken Cottage dapat terus berkembang maju sekali gus membawa nama Malaysia dan Terengganu ke peringkat global,” katanya.
Untuk makluman anda, Chicken Cottage terkenal dengan hidangan ayam goreng dan panggangnya, telah membina reputasi sebagai jenama makanan halal berkualiti dengan kehadiran lebih 60 ‘outlet’ di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: