Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Syarikat Malaysia meterai MoU RM34 bilion

today29 August 2022

Background


KUALA LUMPUR – Sembilan buah syarikat tempatan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama sebuah konglomerat dari Arab Saudi, Ajlan Bros Holding Group di sini hari ini.

Majlis menandatangani dan pertukaran MoU berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MoU dengan pelaburan secara kolektif bernilai AS$7.5 bilion (hampir RM34 bilion) itu melibatkan sektor semi-konduktor, perdagangan sosial, teknologi perubatan, industri pertahanan dan hiburan.

Syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat ialah Dagang NeXchange Berhad (DNex), Aerodyne Systems Sdn. Bhd., National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI), Twistcode Technologies Sdn. Bhd., CyberSecurity Malaysia, Malaysia Genomics Resources Centre Berhad, Meta Universe Sdn. Bhd., Light Up 7 Sdn. Bhd. dan My Events Sdn. Bhd. – KOSMO! ONLINE



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post