Kedudukan kewangan Malaysia Airlines semakin baik
PETALING JAYA: Malaysia Airlines Bhd kini berada dalam kedudukan yang baik dengan kejayaan penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu menyaksikan aliran tunainya berada dalam kedudukan positif pada Oktober lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail.