Gambar kuda Olimpik lidah kebiruan buat FEI pening kepala
Paris: Badan induk ekuestrian (FEI) yang mengendalikan acara berkenaan di Sukan Olimpik Paris 2024 di Versailles menemui gambar-gambar kuda dengan lidah biru akibat kekurangan oksigen semasa pertandingan dressage, kata ketua doktor veterinar organisasi itu kepada Reuters.