Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

FELDA UNITED

4 Results / Page 1 of 1

Sukan

Talian hayat Felda United, UKM FC

Kuala Lumpur: Ketika pintu buat dua pasukan Felda United dan UKM FC untuk beraksi musim depan dilihat sudah tertutup, mereka diberikan talian hayat terakhir apabila permohonan rayuan akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa berkaitan untuk ditolak atau sebaliknya. Hal ini bermakna, rayuan yang dikemukakan oleh kedua-dua pasukan terbabit sudah di terima Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) namun keputusan akan ditentukan dalam masa terdekat selepas mengambil kira beberapa faktor lain termasuk... Klik untuk baca […]

today1 November 2020

Sukan

Pemilik baharu The Fighters masih misteri

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih menyemak dokumen kewangan dikemukakan The Fighters Sdn Bhd dan sebarang keputusan hanya akan diketahui minggu depan. Perkara itu disahkan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang mengakui Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM dan First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM masih meneliti dokumen yang diterima pada minggu lalu. "Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kita tidak dapat mengadakan mesyuarat... Klik untuk baca artikel […]

today23 October 2020

Sukan

The Fighters fokus Piala Malaysia

Kuantan: Perasaan kecewa tidak dapat disembunyikan pemain tengah Felda United FC, Danial Amier Norhisham selepas gagal membantu kelab itu kekal dalam saingan Liga Super musim depan. Namun, Danial Amier atau Boy berkata, peluang The Fighters menebus kekecewaan itu ialah dengan mempamerkan prestasi lebih padu pada saingan Piala Malaysia. "Sememangnya bukan sahaja saya, malah seluruh pasukan kecewa apabila kami gagal mempertahankan Felda United dalam saingan Liga Super musim depan. "Kami sudah... […]

today13 October 2020

Sukan

Rugi jika Felda United tarik diri

Kelana Jaya: Fikirkan kembali keputusan untuk menarik diri. Itu saranan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) terhadap tindakan Felda United yang mengambil keputusan menarik diri dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim depan sekali gus mengejutkan ramai pihak terutama peminat bola sepak tempatan. Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, keputusan berkenaan yang dilihat agak tergesa-gesa akan merugikan industri bola sepak tempatan terutama membabitkan warga Felda. Beliau... Klik untuk baca […]

today5 October 2020