Ahmad Zahid sepatutnya diberi imuniti daripada didakwa – Peguam
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya diberi imuniti daripada didakwa kerana semua maklumat mengenai transaksi berkaitan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dikendalikan keluarganya didedahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.