ASEAN, China perlu tingkat kerjasama kesihatan umum, farmaseutikal
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa ASEAN dan China meningkatkan kerjasama dalam bidang kesihatan umum dan farmaseutikal menerusi perkongsian teknologi, pengetahuan dan hak intelek bagi menyokong pengeluaran vaksin serantau.