Shah Firdaus teruja sambut Aidilfitri selepas sedekad di perantauan
Kuala Lumpur: Selepas sedekad menyambut Aidilfitri di perantauan dek kerana tuntutan kerjaya, pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom akhirnya berpeluang pulang ke kampung halaman di Muar, Johor tahun ini untuk merasai semula kemeriahan lebaran bersama keluarga.