Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tak Kisah Diejek Pakai Kasut ‘Copy Ori’, Budak Lelaki Tetap Syukur Pemberian Daripada Ibu

today15 October 2024

Background


Dia juga meluahkan rasa bersyukur dengan hadiah diberikan ibu dan bapanya dan akan selalu menhargainya kerana sangat bermakna kepadanya.

“Setiap kali hari jadi, mak selalu beri hadiah seperti baju, beg dan dompet atau belanja makan. Semua hadiah diberikan tidaklah mahal, tetapi saya tetap menghargainya kerana ia pemberian mak, syurga saya.

“Sebab itu saya buat video di TikTok untuk menghargai hadiah itu dengan mengikut trend (buat-buat barang jatuh, tunjuk kasut), tetapi tak sangka pula dapat perhatian, malah ada yang salah sangka cakap saya nak menunjuk kasut tiruan, ada suruh saya beritahu harga kasut itu.

“Terasa juga hati baca komen, tetapi saya sabar sahaja dan tak sangka ada rezeki lain apabila ramai yang memberi sokongan serta mahu hadiahkan saya kasut, malah stesen radio belikan kasut untuk saya dan keluarga,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada Arman, Puspa Diyana berkata, dia terkejut apabila perkongsian anak kedua daripada tiga beradik mendapat perhatian dan menerima…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post