Menerusi video tersebut, kelihatan seorang bapa telah meluahkan permasalahan yang dihadapinya selepas wujudnya group WhatsApp sekolah anaknya.
Menurutnya, ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan di dalam group berkenaan sehingga ada yang bertanyakan mengenai kerja sekolah anak.
Malah, dia juga mendakwa guru-guru juga seperti tidak menghormati masa cuti dengan ada yang memberikan kerja sekolah pada hari Sabtu atau Ahad.
“Itu masalah yang saya nampak sekarang. Kadangkala dalam WhatsApp group sekolah anak-anak, saya nampak ibu bapa yang melebih-lebih. ‘Kerja sekolah anak saya ni tak siap lagi cikgu, macam mana?.
“Kadangkala saya nampak segelintir cikgu suka bagi kerja rumah selepas waktu sekolah iaitu Sabtu dan Ahad menerusi telefon (WhatsApp group). Tak nafikanlah benda tu.
“WhatsApp group tu bagi saya membebankan bukan kata murid-murid, dia membebankan mak bapak juga,” luahnya.
Tambahnya, mengapa ia tidak boleh dikekalkan seperti zaman dahulu yang tidak mempunyai group WhatsApp…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: