Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan berpendapat bahawa Hatyai bukanlah seindah yang disangka ramai.
Menurutnya, Hatyai sering terkenal dengan harga makanan dan barangan yang murah tetapi sebenarnya tidak.
“Hatyai is overrated, expensive & fake plastic. Wont come here anymore. Got Halal food but very unhygiene,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa banyak kedai makan di sana yang tidak menjaga kebersihan dan makanan mereka membuatkan dia enggan ke sana lagi.
Difahamkan, dia mendedahkan pernah ke sana beberapa kali iaitu pada tahun 2008 dan 2012 di mana pada waktu itu RM300 sudah cukup untuk menampung kos perbelanjaan di sana termasuk hotel dan pengangkutan.
Bagaimanapun, dengan inflasi yang semakin meningkat, dia merasakan harga yang dikenakan tidak berbaloi dan agak mahal berbanding di Malaysia.
Tambahnya, dia baru-baru ini dia telah makan tomyam dan nasi putih bujang yang dikenakan 199 baht. Tomyam berharga (RM25.51) dan nasi putih bujang berharga 100…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: