UiTM Kampus Puncak Perdana melalui Pengajian Seni Liberal, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) menganjurkan program OKU@CASA sempena Hari OKU Antarabangsa, selaras dengan seruan Malaysia Madani untuk memperkasakan golongan Orang Kurang Upaya
(OKU).
Salah satu aktiviti utama ialah Trade-Sure Hunt: Hunt the Treasure, sebuah program unik yang memupuk kesedaran terhadap pelbagai jenis keperluan khas seperti dyslexia, OKU pendengaran, fizikal, percakapan, dan banyak lagi! Peserta akan melalui cabaran di beberapa check point sambil mempelajari lebih lanjut tentang komuniti OKU dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang program tiga hari ini, dari 16 hingga 18 Januari 2025 di UiTM Puncak Perdana, termasuk Simfoni Tanpa Batasan, Tangan yang Melihat, dan Emansipasi Unik: Insan Magis. Jangan lepaskan peluang menyertai dan menyokong usaha ini dalam mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif!
Untuk maklumat lanjut, layari Instagram @serenosproduction atau hubungi Irman Shaufi di talian 019-8589429.
UiTM — Bersama Menuju Masa Depan yang Lebih Cerah!