Ia susulan tular sebuah video memaparkan seorang penumpang selepas dia tiba-tiba menekan brek kecemasan semasa tren sedang bergerak.
Insiden tersebut telah menyebabkan tren terbabit mengalami kelewatan selama 120 minit.
KTMB menerusi satu kenyataan memaklumkan mengenai tindakan tidak bertanggungjawab tersebut dan juga sebagai langkah kesedaran.
“Pihak KTMB ingin menegaskan kepada semua pengguna tren KTMB untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.
“Video insiden yang berlaku pada 12 Oktober 2024 (Sabtu), di mana seorang penumpang tren ES9052 telah menarik brek kecemasan ketika tren sedang bergerak dan telah menyebabkan kelewatan tren selama 120 minit.
“Pengguna yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tegas di bawah Seksyen 122, Akta 715, Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 – mana-mana orang yang menggunakan secara tidak wajar alat isyarat kecemasan yang disediakan oleh seseorang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: