Berdasarkan fakta kes juga, tertuduh didapati menjual kandungan video seks berkumpulan terbabit dengan harga RM100 berdasarkan resit bayaran yang ditemui pihak berkuasa ketika melakukan siasatan.
Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Fatin Hadni Khairuddin, manakala tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.
Tertuduh dalam rayuannya meminta hukuman diringankan berikutan hanya bekerja sebagai pekerja am pembersihan dengan pendapatan RM1,500 sebulan dan masih menyara isteri dan empat anak termasuk dua yang masih menuntut di universiti selain menjaga nenek yang uzur.
Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan meminta hukuman berat dijatuhkan berikutan tindakannya memuat naik klip video mempromosi kegiatan seks berkumpulan termasuk video hubungan isterinya bersama lelaki lain sambil disaksikan tertuduh.
Difahamkan, video berkenaan dijual kepada orang ramai dan pemeriksaan SKMM mendapati terdapat banyak koleksi video…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: