Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tular ‘Batman’ Di Johor Kena Tangkap, Ini Penjelasan Individu Di Sebalik Maskot Superhero

today21 August 2024

Background


Menerusi satu temu bual dengan SAYS, individu yang dikenali sebagai Batman Malaysia itu enggan mendedahkan nama atau pekerjaannya.

Dia hanya menjelaskan bahawa dia adalah seorang penghibur berpakaian seperti Batman yang diupah di acara seperti majlis sekolah dan lain-lain.

Dalam video tular berdurasi 13 saat itu, kelihatan Batman Malaysia digari sambil seorang anggota polis mengiringinya ke dalam kereta polis.

Ketika ditanya mengenai jenayah apa yang dilakukannya sehingga ditangkap di sebuah sekolah di Muar, Batman Malaysia berkata itu hanyalah antara babak dalam kontennya saja.

“Saya telah dijemput oleh pengetua sekolah tersebut iaitu cikgu Muhammad Zaki untuk membuat persembahan perasmian pesta ulang tahun ke-100 SK Parit Bunga.

“Polis berada di sana atas jemputan bagi memeriahkan pesta sekolah,” katanya.

Dia juga menafikan ditahan kerana tidak membawa kad pengenalan. Ia susulan khabar angin yang tersebar selepas video itu tular sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post