Sebelum ini kecoh di media sosial berhubung pendedahan dibuat oleh Arleyza Resources yang mendakwa Semboyan Supermarket yang diusahakan oleh abang Yusuf Azmi, Asrul Azmi didakwa ‘culas’ membayar hutang pembekal sehingga lebih RM20,000.
Susulan itu, pihak Semboyan Supermarket memaklumkan sedia memfailkan saman malu dan fitnah kepada Arleyza Resources atas dakwaan yang dibuat serta menegaskan bahawa pihak hanya berhutang sekitar RM7,000 dan bukannya lebih RM20,000 seperti yang didakwa.
Artikel Berkaitan:
Terbaharu, pihak Semboyan Supermarket telah bertemu dengan pihak Arleyza Resorces semalam bertempat di sebuah restoran di Banting, Kuala Langat.
Perjumpaan tersebut turut dihadiri beberapa orang awam dan juga admin page My Kuala Langat. Menerusi perjumpaan tersebut, pihak Arleyza Resorces telah berjaya menuntut baki bayaran hutang sebanyak RM 12,525.91 melalui dua transaksi online.
Bayaran baki hutang tersebut telah dilunaskan oleh pihak yang mewakili Semboyan Supermarket…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: