Dalam pada itu, polis mengeluarkan amaran larangan mengutip kerang di pesisir pantai daerah Dungun.
Menerusi kenyataan di Facebook, Ketua Polis Daerah Dungun, Sup Maizura Abdul Kadir, berkata larangan ini dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti berkenaan yang membahayakan individu terlibat.
“Larangan ini diumumkan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
“Pesisir pantai daerah Dungun berisiko tinggi akibat arus laut yang kuat, dengan kelajuan angin mencecah 60 kilometer sejam dan ombak setinggi 4.4 meter, selain perubahan cuaca yang tidak menentu,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya akan menjalankan pemantauan berkala di kawasan pantai untuk memastikan larangan ini dipatuhi.
“Kami mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan tiada kemalangan jiwa di kawasan pantai disebabkan aktiviti ini,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: