Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tular Video Ajar Jawi, Cikgu Non Muslim Raih Pujian Ramai

today17 October 2024

Background


Menerusi video yang dikongsi oleh cikgu yang dikenali sebagai Loren Fren, walaupun beragama Kristian, ia bukan penghalang untuk seorang guru mempelajari tulisan Jawi.

Malah, dia turut berkongsi kemahiran dengan muridnya supaya lebih mudah difahami ketika proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah.

Menurut laporan Sinar Harian, kemahiran Lorenica Frenila Masundim, 34, dalam penulisan jawi itu diperolehnya ketika menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.

“Saya mengenali tulisan jawi ketika sedang mengikuti pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan melalui kursus Pengenalan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi yang diajar oleh pensyarah.

“Kini, saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Tahun Lima dan Enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang K9, Beluran.

“Dalam buku teks Bahasa Melayu ada diselitkan asas tulisan jawi dan saya berkongsi pengetahuan untuk diajar bersama dengan murid-murid di sekolah,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post

Luar Negara

Krisis air ancam separuh pengeluaran makanan dunia

Berlin: Jika manusia tidak bertindak dengan lebih berani dan mendesak, kitaran air yang semakin tidak seimbang akan mendatangkan malapetaka kepada ekonomi dan manusia di seluruh dunia, menurut laporan yang dikeluarkan pada Rabu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today17 October 2024