Menurut laporan Harian Metro, Uncle Mike telah menjaga Rafei Ahmad Fauzi, 29, Rasyid, 28, dan Abdul Rahman, 24, sejak 16 tahun lalu seperti anak sendiri dan turut menyediakan pendidikan sempurna buat mereka termasuklah pendidikan agama.
Dia berkata, niatnya ikhlas demi kasih sayang kepada tiga beradik itu yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
“Saya buat ini kerana Tuhan dan ikhlas bukan kerana mahu meraih pujian orang. Sampai bila-bila pun tiga R ini (Rafei, Rasyid dan Rahman) anak saya dan semoga kisah ini menunjukkan untuk membantu tidak melihat kepada kaum.
“Saya tak mengharapkan balasan termasuk kepada tiga anak cuma berharap mereka dapat hidup baik-baik. Apa yang saya buat ini bukan untuk meraih pujian tetapi kerana Tuhan dan tak mahu memisahkan mereka tiga beradik.
“Sekarang saya gembira melihat tiga anak ini sudah besar, ada pekerjaan dan seorang sudah berkeluarga, malah saya juga sudah ada tambahan dua R iaitu Rayyan dan Rania, cucu yang menjadi sebahagian jiwa saya,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: