Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Usaha sama Bursa Malaysia, Mobilist tingkatkan pelaburan dalam peralihan tenaga

today17 April 2024

Background


PETALING JAYA – Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) bekerjasama dengan program Mobilising Institutional Capital Through Listed Product Structures (Mobilist) dari United Kingdom (UK) untuk membolehkan pelaburan peralihan tenaga yang lebih besar dan memajukan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia.

Pengerusi Bursa Malaysia, Abdul Wahid Omar berkata, kerjasama itu memperkukuhkan usahanya untuk memacu inovasi, keutamaan dalam bidang alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta kewangan mampan bagi penambahbaikan pasaran modal sekali gus untuk pembangunan ekonomi.

“Komitmen yang diberikan sebanyak £156 juta (RM1 bilion) bagi program Mobilist itu menyasarkan untuk memangkinkan pelaburan merentasi infrastruktur mampan, kewangan iklim dan kewangan inklusif di peringkat global.

“Menerusi produk kewangan yang boleh skala dan boleh ditiru, program ini bersedia untuk menggerakkan aliran modal institusi yang signifikan ke pasaran baharu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post