Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan hukuman penjara selama 13 bulan terhadap seorang mudir madrasah, Syamsul Zaman yang turut dikenali Ustaz Budak atas tuduhan melakukan kelucahan melampau dan mencabul seorang ahli perniagaan lelaki di sebuah hotel, Disember 2020.
Memetik laporan Harian Metro, Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Syamsul Zaman Sukri, 35, yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret pada 9 Mac lalu.
Artikel Berkaitan:
Mohamad Abazafree dalam alasan penghakimannya berkata, ada tujuh isu yang dibangkitkan oleh tertuduh dan ketujuh-tujuhnya ditolak.
“Ini termasuk perayu yang mendakwa keterangan mangsa tidak boleh dipercayai. Perayu tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan.
“Pihak perayu gagal membuktikan mens rea (niat jahat) tetapi Hakim Mahkamah Tinggi berdasarkan alasan penghakiman Mahkamah Majistret dan nota keterangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: