Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ustaz sedang mengajar kelas agama di sebuah sekolah. Dia dilihat merakam dirinya semasa menguji hafazan anak muridnya.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila anak muridnya itu hanya mampu membaca tiga ayat dalam surah tersebut. Ustaz cuba menolong dan memberi hint untuk ayat seterusnya, tetapi muridnya itu salah anggap pula.
Ustaz: “in…”
Anak murid: “InsyaAllah”
Perkara itu membuatkan ustaz tergelak besar kerana kepetahan dan kecomelan anak muridnya. Ramai juga yang memuji cara mengajar ustaz itu kerana tidak garang dan lembut.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: